Monday, September 7, 2009
Tentang Hiasan Dalaman,,Jom layan....~
Salam..Haaa...Dah lihat kesemuanya?Ini merupakan projek terakhir utk kelas Hiasan Dalaman pada semester dua yg lalu..Memang mencabar dan projek ni memerlukan hasil kajian yg tinggi kerana aku dan rakan sekumpulan dengan aku(Amin,Fauzi,Megat) telah diamanahkan utk menghasilkan sebuah model rumah tradisional yg berskala satu cm nisbah seratus cm ( 1cm : 100cm) selaras dengan kehendak pensyarah kami..
Sebut tentang rumah tradisional,bermakna aku kena rujuk rumah-rumah yg telah wujud pada sekian tahun yg lalu..Aku membuat kajian secara terus-terusan tentang rumah tradisional..Akhirnya,kami telah memilih rumah "Bumbung Limas Perak" sebagai subjek metal kami..Maka,bermulalah tugas kami seperti lagak seorang kontraktor yg perlu menyelesaikan tugas yg telah diamanahkan kepada kami semua..
Kami telah membuat perancangan yg tersendiri hasil kerjasama semua ahli kumpulan kami..Masing-masing menunjukkan rasa tanggungjawab yg tinggi..Walaupun kami diduga dgn pelbagai situasi seperti pengaruh rakan-rakan yang sedang berjuang dalam "Counter-Strike",layan Ragnarok Online,susun strategi dalam War Craft,YM dengan buah hati,bergayut dengan tenang,tidur dengan lena dan pelbagai lagi dugaan yg perlu kami tempuhi..Besar dugaan dan pengorbanan yg telah kami lakukan demi menjayakan projek yg telah diberi tempoh utk disiapkan..
Akhirnya,usaha kami dibalas dengan senyuman oleh rakan-rakan yg lain setelah mereka menatap hasil kerja kami..Gambar ini merupakan gambar kenangan buat kami sekumpulan kerana hasil kerja kami ini telah bertapak megah dalam "sarang" pensyarah kami...Kena simpan daaaa...Markah pun telah diberi..Tahap kepuasan yg dicapai,hanya diri yg mengalami sahaja yg tahu akan keadaan sebenar..
Susah utk menghasilkannya..Banyak dugaan yg kami tempuhi..Tapi,hati aku tidak seriang seperti rakan-rakan yg lain..Sebabnya,hanya aku dan rakan-rakan yg lain sahaja yg tahu..Hidup kena bersikap adil..Kalau tidak adil,kita akan diadili di kemudian hari..Ingatan utk rakan-rakan,sesiapa yg terlibat serta diri aku sendiri..
Segala perbuatan kita perlu ikhlas dan adil..Tidak adil bermaksud zalim..Zalim bermaksud,meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya..
Zalim hukumnya?Berdosss...(sambung sendirilah..)Hahaa...~
**Teringat guru Lukisan Kejuruteraan aku,En.Mutalib..Guru yg pernah membimbing aku sehingga aku berjaya mewakili Johor dalam "Pertandingan Merekabentuk Model Jambatan" di Universiti Teknologi Malaysia (UTM),Skudai..Terima kasih sebab ilmu yg diturunkan oleh beliau,amat berguna dan bermakna sekali dalam hidup aku sebagai bakal pendidik..Jasamu dikenang sampai bila-bila..**
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment