Monday, September 14, 2009

Tentang Gambar,,~

Salam,,

Hari ni aku nak berkongsi serba sedikit tentang perihal sebuah gambar..
Cuba perhatikan gambar di bawah ni..Teori anak siapa ni??Hahaha..Gambar ni telah diambil sewaktu kepala otak masing-masing sedang mengalami ke'senget'an yang amat serius..


Dari depan : Amin,Azrie,Megat,Yob,Sape ntah..Haha!

Agak mendapat kutukan yg begitu kaw-kaw lah bila jadi orang yg paling belakang sekali tu...Hahaha..Tp xde hal la..Janji aku happy go lucky,,Sebut perihal gambar,ianya lebih baik daripada ribuan perkataan..Rujuklah kepada sesiapa yg mahir dalam bidang ni..Banyak yg kamu dapat pelajari selain drpd hanya pandai memetik punat dan sebut satu,dua........dan klikkk!!!

Kamu kena menghayati dan memahami semua aspek elemen dan prinsip rekaan..Kalau kamu nak gambar tersebut menjadi lebih menarik lerr..

Semakin kamu kreatif dalam mendapatkan gambar yg terbaik,semakin menarik gambar yg dapat dirakamkan..Cubalah..Masa muda-muda ni la nak tunjuk lagak..Dah tua,boleh berlagak sket dgn anak cucu kita..huhuhu...~



Mata mati?Hidupkan kembali,,~

Salam..
Baru terjumpa CD hasil kerja di zaman dahulu kala,,
Kepada Cik pakar Rekabentuk Seni Hiasan Dalaman,nilailah elok-elok yer..
Kepada kwn-kwn yg lain,ni tatapan utk anda semua..~


Gambar ni merupakan antara gambar yg terbaik setelah dirakamkan..
Terima kasih kepada mereka yg terlibat..Dpt B pown,rasa-rasanya dah OK kowt..
hahaha..(Kpd yg terasa,jgn marah..Nanti cepat tua..ahaks..~!!)

Monday, September 7, 2009

Tentang Hiasan Dalaman,,Jom layan....~






Salam..Haaa...Dah lihat kesemuanya?Ini merupakan projek terakhir utk kelas Hiasan Dalaman pada semester dua yg lalu..Memang mencabar dan projek ni memerlukan hasil kajian yg tinggi kerana aku dan rakan sekumpulan dengan aku(Amin,Fauzi,Megat) telah diamanahkan utk menghasilkan sebuah model rumah tradisional yg berskala satu cm nisbah seratus cm ( 1cm : 100cm) selaras dengan kehendak pensyarah kami..

Sebut tentang rumah tradisional,bermakna aku kena rujuk rumah-rumah yg telah wujud pada sekian tahun yg lalu..Aku membuat kajian secara terus-terusan tentang rumah tradisional..Akhirnya,kami telah memilih rumah "Bumbung Limas Perak" sebagai subjek metal kami..Maka,bermulalah tugas kami seperti lagak seorang kontraktor yg perlu menyelesaikan tugas yg telah diamanahkan kepada kami semua..

Kami telah membuat perancangan yg tersendiri hasil kerjasama semua ahli kumpulan kami..Masing-masing menunjukkan rasa tanggungjawab yg tinggi..Walaupun kami diduga dgn pelbagai situasi seperti pengaruh rakan-rakan yang sedang berjuang dalam "Counter-Strike",layan Ragnarok Online,susun strategi dalam War Craft,YM dengan buah hati,bergayut dengan tenang,tidur dengan lena dan pelbagai lagi dugaan yg perlu kami tempuhi..Besar dugaan dan pengorbanan yg telah kami lakukan demi menjayakan projek yg telah diberi tempoh utk disiapkan..

Akhirnya,usaha kami dibalas dengan senyuman oleh rakan-rakan yg lain setelah mereka menatap hasil kerja kami..Gambar ini merupakan gambar kenangan buat kami sekumpulan kerana hasil kerja kami ini telah bertapak megah dalam "sarang" pensyarah kami...Kena simpan daaaa...Markah pun telah diberi..Tahap kepuasan yg dicapai,hanya diri yg mengalami sahaja yg tahu akan keadaan sebenar..

Susah utk menghasilkannya..Banyak dugaan yg kami tempuhi..Tapi,hati aku tidak seriang seperti rakan-rakan yg lain..Sebabnya,hanya aku dan rakan-rakan yg lain sahaja yg tahu..Hidup kena bersikap adil..Kalau tidak adil,kita akan diadili di kemudian hari..Ingatan utk rakan-rakan,sesiapa yg terlibat serta diri aku sendiri..

Segala perbuatan kita perlu ikhlas dan adil..Tidak adil bermaksud zalim..Zalim bermaksud,meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya..

Zalim hukumnya?Berdosss...(sambung sendirilah..)Hahaa...~

**Teringat guru Lukisan Kejuruteraan aku,En.Mutalib..Guru yg pernah membimbing aku sehingga aku berjaya mewakili Johor dalam "Pertandingan Merekabentuk Model Jambatan" di Universiti Teknologi Malaysia (UTM),Skudai..Terima kasih sebab ilmu yg diturunkan oleh beliau,amat berguna dan bermakna sekali dalam hidup aku sebagai bakal pendidik..Jasamu dikenang sampai bila-bila..**

Monday, August 31, 2009

Garisan,,~

Garisan..Itulah teknik yg paling asas dalam penghasilan sebuah lukisan..Nampak macam mudah..Namun,ianya sukar utk dikuasai oleh jari jemari kita semasa menghasilkan sesuatu lukisan..

Sewaktu aku di berada di semester satu di Universiti Pendidikan Sultan Idris,aku wajib mengikuti kelas "Elemen Dan Prinsip Rekaan" yg telah dibimbing oleh seorang pensyarah berwibawa iaitu En.Razak Bin Hj Abdul Jabar..Dalam tempoh satu semester bersama dia,aku dan rakan-rakan yg lain hampir gila akibat diseksa olehnya dalam membuat tugasan yg telah diberikan olehnya kepada kami semua..Antaranya ialah tugasan yg membabitkan garisan..

Hahaha..Rupa-rupanya,banyak yg kami dapat dalam penyiksaan mental tersebut..Antaranya,garisan mempunyai ketebalan yg berbeza..Ada tempat yg perlu kita tebalkan,dan ada tempat yg perlu kita kurangkan ketebalan garisan tersebut..Ianya bagi menunjukkan kualiti garisan atau "quality of line" dalam lukisan..Barulah lukisan tersebut menjadi sempurna dengan kehadiran kualiti garisan yg baik..Ada pelbagai teknik dan media dalam menghadirkan garisan dalam lukisan..Menggunakan pen,pensil,arang,sapuan berus,krayon,pastel dan banyak lagi yg boleh kita gunakan dalam penghasilan garisan..

Sikap acuh tak acuh tentang garisan dalam penghasilan sebuah lukisan hanya akan mendatangkan kesan yg boleh mempengaruhi lukisan tersebut..Ibarat pemandu yg memotong kenderaan lain tanpa mengendahkan kewujudan "double line",maka pemandu tersebut berisiko tinggi mendapat surat cinta daripada Pak polis atau En.JPJ..Kalau pelajar mcm aku ni,dapat garisan silang daripada En.Razak la..Guna marker plak tu..Tak bleh blah btul..

Garisan boleh menghasilkan bentuk..Daripada bentuk,ianya boleh menghasilkan rupa..Rupa pula boleh menghasilkan ruang.. Garisan boleh menimbulkan ton..Bermakna,kesemua daripada itu tidak dapat diwujudkan tanpa ada garisan..Garisan juga boleh menimbulkan emosi di dalam diri pemerhati dan pelukis itu sendiri..

Tidak hairanlah lukisan yg dihasilkan oleh pelukis-pelukis terkenal daripada negara luar seperti Leonardo Da Vinci,Pablo picasso,Vincent Van Gogh,Jackson Pollock dan ramai lagi dapat dijual pada harga yg tinggi disebabkan kualiti garisan yg agak sempurna dalam lukisan yg telah dihasilkan oleh mereka..

Kesimpulannya,garisan merupakan elemen yg paling asas dalam penghasilan sesuatu lukisan..Lukisan yg berkualiti hadir sejajar dengan garisan yg berkualiti..Ianya merupakan perkara yg amat penting utk kita fahami dan kuasai sebelum kita menghasilkan sesuatu lukisan..Nak tahu lebih lanjut?Jom masuk kelas En Razak..Hahaha..

*Garisan juga digunakan dalam usaha memotong jawapan yg salah ketika dalam peperiksaan..Ini merupakan salah satu faktor bahawa garisan amat penting dalam kehidupan seharian kita..hahaha..Fikirkan bersama..*

Blog?Yang ke-2?Tapi kenapa??

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd smua..
Hurmmm...Blog ni merupakan blog kedua aku sbb blog sebelum ni telah berlaku sedikit masalah yg aku sendiri tidak dapat elakkan..Aku harap selepas ni,tidak ada masalah yg berlaku seperti sebelum ni..Tapi,masalah tu kan dah jadi asam garam dlm kehidupan kita kan?Oleh itu,kita harus menghadapi semua itu..Tarima kasih kepada semua yang telah membantu aku dalam menghadapi hidup ini..Aku akan kenang jasa kamu semua hingga akhir hayat aku..

Ikan keli ikan kerapu,
Ada pape roger2 kat aku..
Kepada sesiapa yang sudi berkongsi idea(berkongsi kasih xmau k..hahaha),pendapat dan inginkan maklum balas drpd aku,boleh rujuk maklumat dibawah..Tiada bayaran akan dikenakan..Semua percuma..huhuhu..~

(kakikuseni9166@gmail.com)
http://kakikuseni9166.blogspot.com
ym : mynobo9166@yahoo.com

Sekian..
Salam ukhwah daripada,
Mohd Hafiz Bin Mohd Ismail..