Monday, August 31, 2009

Garisan,,~

Garisan..Itulah teknik yg paling asas dalam penghasilan sebuah lukisan..Nampak macam mudah..Namun,ianya sukar utk dikuasai oleh jari jemari kita semasa menghasilkan sesuatu lukisan..

Sewaktu aku di berada di semester satu di Universiti Pendidikan Sultan Idris,aku wajib mengikuti kelas "Elemen Dan Prinsip Rekaan" yg telah dibimbing oleh seorang pensyarah berwibawa iaitu En.Razak Bin Hj Abdul Jabar..Dalam tempoh satu semester bersama dia,aku dan rakan-rakan yg lain hampir gila akibat diseksa olehnya dalam membuat tugasan yg telah diberikan olehnya kepada kami semua..Antaranya ialah tugasan yg membabitkan garisan..

Hahaha..Rupa-rupanya,banyak yg kami dapat dalam penyiksaan mental tersebut..Antaranya,garisan mempunyai ketebalan yg berbeza..Ada tempat yg perlu kita tebalkan,dan ada tempat yg perlu kita kurangkan ketebalan garisan tersebut..Ianya bagi menunjukkan kualiti garisan atau "quality of line" dalam lukisan..Barulah lukisan tersebut menjadi sempurna dengan kehadiran kualiti garisan yg baik..Ada pelbagai teknik dan media dalam menghadirkan garisan dalam lukisan..Menggunakan pen,pensil,arang,sapuan berus,krayon,pastel dan banyak lagi yg boleh kita gunakan dalam penghasilan garisan..

Sikap acuh tak acuh tentang garisan dalam penghasilan sebuah lukisan hanya akan mendatangkan kesan yg boleh mempengaruhi lukisan tersebut..Ibarat pemandu yg memotong kenderaan lain tanpa mengendahkan kewujudan "double line",maka pemandu tersebut berisiko tinggi mendapat surat cinta daripada Pak polis atau En.JPJ..Kalau pelajar mcm aku ni,dapat garisan silang daripada En.Razak la..Guna marker plak tu..Tak bleh blah btul..

Garisan boleh menghasilkan bentuk..Daripada bentuk,ianya boleh menghasilkan rupa..Rupa pula boleh menghasilkan ruang.. Garisan boleh menimbulkan ton..Bermakna,kesemua daripada itu tidak dapat diwujudkan tanpa ada garisan..Garisan juga boleh menimbulkan emosi di dalam diri pemerhati dan pelukis itu sendiri..

Tidak hairanlah lukisan yg dihasilkan oleh pelukis-pelukis terkenal daripada negara luar seperti Leonardo Da Vinci,Pablo picasso,Vincent Van Gogh,Jackson Pollock dan ramai lagi dapat dijual pada harga yg tinggi disebabkan kualiti garisan yg agak sempurna dalam lukisan yg telah dihasilkan oleh mereka..

Kesimpulannya,garisan merupakan elemen yg paling asas dalam penghasilan sesuatu lukisan..Lukisan yg berkualiti hadir sejajar dengan garisan yg berkualiti..Ianya merupakan perkara yg amat penting utk kita fahami dan kuasai sebelum kita menghasilkan sesuatu lukisan..Nak tahu lebih lanjut?Jom masuk kelas En Razak..Hahaha..

*Garisan juga digunakan dalam usaha memotong jawapan yg salah ketika dalam peperiksaan..Ini merupakan salah satu faktor bahawa garisan amat penting dalam kehidupan seharian kita..hahaha..Fikirkan bersama..*

Blog?Yang ke-2?Tapi kenapa??

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd smua..
Hurmmm...Blog ni merupakan blog kedua aku sbb blog sebelum ni telah berlaku sedikit masalah yg aku sendiri tidak dapat elakkan..Aku harap selepas ni,tidak ada masalah yg berlaku seperti sebelum ni..Tapi,masalah tu kan dah jadi asam garam dlm kehidupan kita kan?Oleh itu,kita harus menghadapi semua itu..Tarima kasih kepada semua yang telah membantu aku dalam menghadapi hidup ini..Aku akan kenang jasa kamu semua hingga akhir hayat aku..

Ikan keli ikan kerapu,
Ada pape roger2 kat aku..
Kepada sesiapa yang sudi berkongsi idea(berkongsi kasih xmau k..hahaha),pendapat dan inginkan maklum balas drpd aku,boleh rujuk maklumat dibawah..Tiada bayaran akan dikenakan..Semua percuma..huhuhu..~

(kakikuseni9166@gmail.com)
http://kakikuseni9166.blogspot.com
ym : mynobo9166@yahoo.com

Sekian..
Salam ukhwah daripada,
Mohd Hafiz Bin Mohd Ismail..